Monday, January 20, 2014

Takde motif.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamulaikum buat muslim yang membaca blog ini. Okay ni ayat klise - "Lama sungguh lah ya tak tulis blog...." hihi. Okay, jadi hari ni nak kongsi la cerita sikit.


1st : Bulan Okt 2013 yang lepas, aku baru je habis pengajian di UiTM.

2nd : Bulan Okt 2013 juga aku bekerja sambilan di UM, sambung pula di Historic Studio sebagai Graphic Designer. Hihi. Macam xpercaya je dapat jadi graphic designer. Pulun juga la kerja sana, always nak tunjuk kualiti UiTM yang terbaik kat mata DUNIAAAA & sentiasa pastikan artwork sejajar dengan kehendak agamaku. <3


3rd : Lepas tu, kerja lain pula. Kerja sambilan sebagai research assistant di UiTM. La ni, tengah heboh cari kerja merata sebab research ni dah nak settle. 

So, sesiapa ada kerja kosong, boleh la contact member ye. Tq

Wednesday, May 15, 2013

Will you remember me in 10 years?

Assalamualaikum..

Dah berapa hari terfikir nak post apa kat blog ni, sebab dah lama sangat x menaip kat sini. Tadi, masa tengah   bikin kek, aku dikejutkan dengan panggilan dr salah seorang ahli keluarga aku. *phew* Rupa-rupanya, ada member lama contact, tp kat handphone ibu. haha. kelakar pulak. Yelah, aku ni dah la jarang ada kawan lelaki, tiba-tiba ada yang call nombor ibu. mahu x terperanjat ibu?hihi..

Dah lama betul kawan aku tu menghilangkan diri, kali terakhir dia bercakap dengan aku masa aku semester satu. La ni chek dah nak habih belajaq dah oi.. i miss our friendship ;( 


wallahi, aku tak pernah lupa nak kenang kau dalam doa & hidup aku. alhamdulillah, walaupun xberkesempatan cakap dengan kau tadi, aku terasa yang ALLAH dengar doa aku. And see? dua tahun kita tak bercakap langsung & we were busy with our own life and ALLAH ingatkan kau semula tentang aku. Alhamdulillah, alhamdulillah. 

 am I hoping to much?ok. enough for this entry. wassalam. <3


i'm the woman who can't be moved.


Saturday, March 30, 2013

Apologise for my mistakes...

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum. lama dah tak menulis dekat blog ni, masih ada lagi ke yang baca posts sebelum ni?hihi. 

kesibukan melanda sekarang, tengah final exam kan... ada dua paper je, paper Bisnes (ENT 300) dengan Sejarah (VCL265). baru lepas paper ent tu, tunggu vcl je belum lagi. 4hb ni ada presentation advertising design pulak. -,- subjek ni gila payah oh. tawakkal jela.

semalam ada problem dengan A. ;( dia macam pelik-pelik je sekarang ni. time nak jumpa je mesti gaduh dan aku. aku pulak lepas tu mesti psiko je. moody je time keluar. ye, aku faham, dia dari jauh, nak ke tempat aku. tapi, fikir tak, bila dia dtg sini, aku drive...aku pun penat juga. hmmm bukan nak berkira atau mengungkit.

ajak keluar this week, lepas tu, dia keluar satu ayat "takde duit". ok. aku faham. memang duit dia banyak habis. faham faham. tapi, setakat dtg sini je? Tiket pun rm 14.++ je. tak boleh ke berkorban sikit? so..lepas tu aku diam jela, cancel plan even minggu ni memang penting utk keluar beli barang utk esaimen. 

tapi, malam tu dia pun senyap je. no call, no message. so, aku assume, dia marah sebab aku buat perangai tadi. tapi, pukul 11.45 aku call, dia tengah main futsal dengan kawan-kawan. EVERY WEEK. ye, aku tak kisah. tapi, dah pukul 11? 

I(aku) : "Dah solat ke belum?" 
A(dia): "Belum. balik nanti."

Noooooooooo!!! aku pantang gila orang lambat-lambatkan solat. Aku dah ingatkan A berapa kali dah. Mati tu tak ikut masa kita. Dah la x solat lagi, buat benda lagha. Aduii.. Ubah. Ubah! Tolonglah ubah ;( Sesiapa pun yang suka lambat-lambatkan solat. Please. Solat on time. Ambil iktibar dari iklan ni : 



Paling sakitnya, bila dia langsung tak say sorry dekat aku. macam semuanya sebenarnya salah aku. takpelah. suka hati dia la. he seems happy now. ;( Bye.


Friday, January 18, 2013

ALLAH knows while you not.

Assalamualaikum. Lamanya x update blog. Since takde cerita best untuk di share bersama. hihihi. Baru je buka twitter. Dekat kolej aku diorang suruh rahsia hal makhluk halus ni, sebab tak nak bagi students trauma katanya.Tapi, buka je twitter, #UiTMLendu & #PrayForUiTMLendu dah jadi trending dah pun. Hal makhluk halus tu, korang try baca dekat 

http://theruzannapages.wordpress.com/2013/01/18/day-eighteen/

tapi, bila dah baca tu, janganlah seram-seram sangat. Ingat, ALLAH sentiasa lindungi kite. Kalau kita lakukan semua tuntutanNYA dan tinggalkan segala kemurkaanNYA, insyaALLAH. ALLAH sentiasa jaga kite :) 

secara jujurnya, aku lebih risau hal kecurian ni. ramai sangat hilang laptop. kad bank pun. duit takpayah ceritalah. harap ALLAH tolong lindungi kami. Doakan kami okey? 

ni doa yang aku jumpa dr satu blog ni : 

selamat beramal. jangan fikir-fikirkan sangat, nanti lagi timbul rasa takut tu.

# Doa ketika ternampak hantu/jin/syaitan :

العنك بلعنت الله 
Sebutan : Al laknuka bilaknatillah

Makna : Laknatlah engkau dgn laknat drpd Allah

# Doa jika terdengar tapi tak nampak :

اعوذ بكلمات الله تامات من شر ما خلق ومن شر الشياطين وان يحضرون
Sebutan : Au'zubikalimaatillahi taammaati minsyarrima khalaq, wamin syarri syayaatin wai'n yahdhurun

Makna : Aku berlindung dengan kalimah2 Allah Yang Maha Sempurna, daripada sebarang kejahatan apa yang diciptakan, dan juga dari kejahatan syaitan2 bila mereka menjelma.

source : Ustaz Azhar Idrus

credit to : 

xoxo,
iDTN

publish.hihiehieee

Tuesday, October 23, 2012

hari ni semua balik XD yayy!

assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

hari ni mood agak happy tapi campur campur sakit hati,sebal,terkilan dll. takpe, kita mulakan hari dengan cerita happy dulu. baru je selesai mengemas rumah, macam biasalah kan? Tiap hari, bangun, basuh baju, menyapu, mengelap, bagi Bibit(rabbit) makan, online(tunggu baju yg dibasuh tu habis spin), sidai baju, sapu bilik bilik. hari ni macam nak joging pulak. haha.

hari ni semua akan balik ke rumah. Jyeah! Kak yong dr UM,KL, Firah dr Sharodz,Melaka. So, time macam ni la baru ade semua anak-anak cikgu Z. kalau tak, kadang kadang Firah balik, Yong takde. aku ni pun nasib cuti,mestilah 24/7 kat rumah je. Raya haji sekarang tak meriah cam dulu masa aku kecik kecik,kalau dulu, rumah Tok Abbas la paling meriah. Mesti ade lembu dua ekor & org kampung semua kumpul kat rumah tu, sembelih lembu. Takut woo. Macam-macam lembu ade, hitam, putih, tompok tompok, coklat dll. Lembu ngajuk, garang, sedih dll. Tapi takpe, biar tak meriah, tapi berkat,kan? 

beralih kepada topik lain pula. korang mesti rasa awkward kan kalau dalam 1 masa, seseorang tu like (y) semua post korang? WHAT? hoho. kalau korang tak awkward tu, mesti korang femes emes, sebab status korang mmg ramai like walaupun tak berfaedah. hihi. taklah, sebab, ni pasal laki aku ni sebenonye. memang aku syak minah tu macam ade syok sikit kat dia. takpe, taknak fikir lagi. Kalau dia terfikir nak layan perempuan lain tu, bagi aku, dia memang tak loyal. aku taknak mengharap lagi, serius. bukan aku tak pernah tegur pun. eish, susah dapat laki hensem ni. haha. sebelum ni pernah jadi camni jugak, memang la diorang tak chat mende pun. tapi kan, kalau tak chat mende, baik xpayah chat. nampak tak persepsi aku macam mana. bagi aku, dia macam cari point nak menggatal.haha hmm. tak kot. dia nak berkawan, okeylah, think possitive. lgpun kalau jodoh tak kemana kan. so, aku minta maaf la dekat kau k. 


kehadapan bakal suamiku, (ameen)
sorrylah kalau aku macam menjauhkan diri. kite ni memang tak boleh la camni,kau tak faham aku. macam dah tak berkesefahaman. so, i think better we go separate way. but, no worry, i'm still loving you like always. 

Wednesday, October 17, 2012

Keep your mouth shut and your head down.

Assalamualaikum :)

lama dah tak menaip dekat blog ni. baru je habis exam + assessment, lega sekejap. nak share cerita terpanas ni, tu yang menaip ni. biasalah kan? 


dua tiga hari ni adalah hal dengan kawan kepada kawan aku. so, aku bahasakan dia sebagai Si A jelah. Dia tiba-tiba hantar IM chat yang pelik-pelik dekat aku, disebabkan dia kawan jauh tu, aku pun cekidout jelah & tanya apahal duk hantar benda pelik-pelik(insulting) ni.  dengan selambanya dia jawap, "hehe. takde apelah. masuk telinga kanan keluar telinga kiri."

WHATTTTTTTTTTTTT?

kau dah puas memerli orang, menyakitkan hati orang & kau senang senang expect orang lupakan? Come on yo. The best thing is, dia lelaki. First time aku jumpa lelaki laser selain maknyah. Err. geramnya aku masa tu tak terkata. aku takdalah nak serang-serang kau, takkanlah, aku bukan macam kau. even tak kenal pun kau nak sound. aku anggap jelah kau nak nasihat aku kot masa tu. so, aku terima. aku biar je benda ni. 

tapi, semalam, aku call lah kawan aku tu. tiba-tiba Si A tu blh plak cakap, "Dia tengah marah tu, biarkan je dulu." dalam nada bergurau.(eh, yeke?) 

kenapa kauuuuuuuu?
bkn kau yang suruh aku lupakan ke? then you remind me back? haha. so, sekarang ni kau nak jadi watak baik lah konon. yelah, aku jahat. aku takde plak nak balas2 IM kau lepas kau memerli tu. kau je yang melebih-lebih aku tengok. 

bila aku cerita dekat kawan dia tu plak, dia cakap 'gurau'. Come on people. Gurau kau cakap? Dahlah. jangan bergurau dengan aku lagi. ingat, lidah itu lebih tajam dari mata pisau. So, keep your mouth shut and head down. tak payah nak membongak sangat cari salah orang lain. perbaiki diri dulu. kawan aku pun pernah terlepas cakap macam kau, tapi boleh je ditegur, boleh je ubah and sekarang kitorang okey je. bayangkanlah, sedangkan perempuan yang ego pun boleh ubah. memalukan.

thank you.

Thursday, April 26, 2012

Eid Milad kawan sampai syurga :D

Happy Birthday Muhammad Zul Akmal bin Mohd Idrus.

Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatanNYA, dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan diakhirat kelak.

Hadiah awak sudah dipos dan tak tahu lah sampai kat rumah bila kan. So, jangan tertipu dengan outer view. haha.

Sila buka dengan sabar.

sekadar simbolik. haha.

27 April 2012,19 tahun. 

Akmal , Happy birthday yo! <3

pic credit to arefiq.